Saya merakamkan ucapan terima kasih dan selamat datang kepada tuan, puan, saudara dan saudari pengunjung Blog SMK Sungai Besar, Selangor.
Berdasarkan Sijil Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2011 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekolah ini berhak menerima 174 orang bagi jawatan guru dan 30 orang bagi jawatan bukan guru. Tambahan pula, sekolah ini mengurus pelajar dari Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dan 11 kelas bagi pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Baru-baru ini keputusan PMR dan STPM 2010 telah diumumkan. Syukur Alhamdulillah keputusan PMR menunjukkan peningkatan peratus (2009 = 58.61%, 2010 = 62.23%) dan peningkatan Gred Purata Sekolah (2009 = 3.12 dan 2010 = 2.89). Begitu juga keputusan STPM yang meletakkan SMK Sungai Besar di tempat pertama dalam daerah Sabak Bernam. Peratus kekal 100% sejak tahun 2009. PNGK 2009 = 2.24 manakala 2010 = 2.60. Bagi keputusan SPM masih dalam penantian.
Sekolah diamanahkan menjadi tuan rumah bagi peringkat daerah dan negeri bagi Pertandingan Catur (2 tahun berturut-turut). Selain itu, sekolah juga mengelola Pertandingan Bola Kerangjang peringkat daerah. SMK Sungai Besar adalah sekolah tunggal di Selangor menerima program Amateur Radio in School (ARiS) dan dikelolakan oleh Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP).
Kejohanan sukan tahun 2011 akan dijalankan di padang IPD Sabak Bernam (Bapa Angkat Sekolah). Ini disebabkan KPM sedang menaik taraf padang SMK Sungai Besar. Terima kasih kepada Yang Dihormati Tuan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam.
Sekian buat kali ini dan saya sudahi dengan ucapan terima kasih kepada warga SMK Sungai Besar, PIBG SMK Sungai Besar, PPD Sabak Bernam, IPD Daerah Sabak Bernam, JPN Selangor dan KPM Khususnya.
HAJAH ZURAIDAH BT MOHD SANIF, A.M.S, P.P.T.
Pengetua
SMK Sungai Besar
45300 Sungai Besar, Selangor
Visi Sekolah
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi Sekolah
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Budaya Sekolah
Kecemerlangan Pendidikan Tanggungjawab Bersama
Info JULAI 2012
2 - 4 Julai 2012
- MUET
2 Julai 2012
- Kajian Impak (Menangani Beban Tugas Guru) & Post Mortem PPT)
5 Julai 2012
- Nisfu Syaaban
9 Julai 2012
- Futsal PPKI Daerah S. Bernam & Pemantauan UBK
16-20 Julai2012
- Cambridge Placement Test (semua guru BI)
17-19 Julai 2012
- Pemantauan Disiplin
21 Julai 2012
- 1 Ramadan
Info Semasa
Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak kepada semua warga SMK Sungai Besar.
0 comments:
Post a Comment